2:24 AM

Kelebihan Selawat ke atas Nabi SAW

Mencintai Nabi Muhammad SAW, bermakna baginda sentiasa berada di hati kita. Oleh itu, kita hendaklah memperbanyakkan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sebagai tanda cinta dan ingat kita kepada Nabi Muhammad saw. Banyak kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Firman Allah:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. Al-Ahzab:56


Tingkatan Selawat

1. Selawat daripada Allah kepada Nabi dan Rasul-Nya terutamanya Nabi Muhammad s.a.w. bermakna Allah memberi rahmat dan keredhaan Allah kepada Rasulullah saw.


2. Selawat daripada malaikat bermaksud pujian dan permohonan keampunan dari Allah.

3. Selawat manusia kepada Nabi Muhammad merupakan doa dan permohonan kita kepada Allah supaya memberikan kebesaran dan kemuliaan kepada baginda.

Sabda Rasulullah saw:

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم : مَنْ ذَكَرَنِي فَلْيُصَلِّ علي

Maksudnya: Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa yang ingat aku, maka berselawatlah ke atasku."

Sabda Rasulullah saw:

قَالَ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم : مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلْيُصَلِّ عَلَيَّ ، فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ مَرَّةً ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرًا

Maksudnya: Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa yang disebutkan aku di sisinya hendaklah ia berselawat ke atasku. Sesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, maka Allah berselawat kepadanya dengan sepuluh kali selawat."


قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم : مَنْ صَلَّى عَلَيَّ وَاحِدَةً ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرًا وَحَطَّ عَنْهُ عَشْرَ خَطِيئَاتٍ

Maksudnya: Rasululullah saw bersabda, "Sesiapa yang berselawat keatasku dengan sekali selawat, Allah berselawat keatasnya dengan 10 selawat dan dihapuskan daripadanya 10 kesalahan. "

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاَةً مِنْ أُمَّتِي كُتِبَ لَهُ عَشْرُ حَسَنَاتٍ وَمُحِيَ عَنْهُ عَشْرُ سَيِّئَاتٍ

Maksudnya: Rasululullah saw bersabda, "Sesiapa dikalangan umatku yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, dituliskan baginya sepuluh kebajikan dan dihapuskan daripadanya 10 kejahatan."


قَالَ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمرو : مَنْ صَلَّى عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم وَاحِدَةً ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَمَلاَئِكَتُهُ سَبْعِينَ صَلاَةً

Maksudnya: Abdullah ibnu Umar berkata, "Sesiapa yang berselawat ke atas Nabi dengan sekali selawat nescaya Allah dan para malaikat berselawat keatasnya dengan tujuh puluh kali selawat."

قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى عَلَى مُحَمَّدٍ وَقَالَ اللَّهُمَّ أَنْزِلْهُ الْمَقْعَدَ الْمُقَرَّبَ عِنْدَكَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَجَبَتْ لَهُ شَفَاعَتِي

Maksudnya: Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa yang berselawat ke atas Muhammad dan berdoa "Ya Allah, letakkanlah Muhammad di temput duduk yang hampir dengan engkau ya Allah", maka wajib baginya mendapat syafaatku."

Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah:

1. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” (Riwayat Tabrani).

2. “Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).

3. “Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).

4 ."Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih).

5. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ” (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir).

6. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” (Riwayat Abu Syaikh dari Anas).

7.”Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. (Riwayat Tirmizi).

Wallahu 'alam.
Luahkan Kata-Kata Anda!

0 comments: