4:04 PM

Imam As-Syafie

Riwayat Hidup
  • Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris.
  • Beliau digelar "As-Syafie" sempena nama datuknya, Syafie bin Saib.
  • Imam Al-Syafie dilahirkan pada tahun 150 Hijrah bersamaan dengan 767 Masihi di Ghazzah, Palestin.
  • Beliau berasal dari keturunan Rasulullah s.a.w. pada sebelah datuknya,
  • Abdul Manaf (datuk ketiga Nabi Muhammad s.a.w. adalah datuk kesembilan
  • Imam as-Syafie adalah seorang imam mazhab yang empat, iaitu pengasas "Mazhab Syafie".
  • Imam as-Syafie meninggal dunia pada tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820 Masihi ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Arafah, Mesir.
Peribadi

  • Imam as-Syafie seorang yang berpandangan jauh, berhati mulia dan bercita-cita tinggi.
  • Beliau berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan.
  • Beliau bersikap sederhana dalam semua segi, sama ada dalam tingkah laku, berpakaian atau cara makan.
  • Beliau juga merupakan seorang yang bijak berbicara hinggakan dirinya terlepas daripada hukuman pancung.
  • Beliau sangat menghormati dan memuliakan para guru yang mengajarnya.
  • Beliau sangat cinta kepada ilmu pengetahuan. Usia remajanya dihabiskan dengan menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manfaat.
  • Imam as-Syafie mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam
  • berbagai-bagai bidang.
  • Imam as-Syafie seorang hartawan yang sangat pemurah. Beliau sentiasa menolong orang yang memerlukan bantuan.
Pendidikan
  • a.Imam as-Syafie rahimahullah mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar
  • biasa sejak kanak-kanak lagi. Ketika berusia sembilan tahun,beliau hafaz
  • Al-Quran.
  • b.Diwaktu berumur dua belas tahun, beliau telah dapat menghafaz kitab Al-Muattok,
  • karangan Imam Malik dan seterusnya berguru dengan Imam Malik ketika berusia dua
  • puluh tahun.
  • c.Imam as-Syafie belajar dan mendalami bahasa dan kesusasteraan Arab
  • sehingga mahir dalam bidang penulisan.
  • d.Beliau menghabiskan usia remajanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian
  • agama di Masjidil Haram.
  • e.Imam as-Syafie bermusafir ke Makkah, Madinah, Yaman, Iraq dan negara-negara
  • lain dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Antara ilmu-ilmu yang dipelajarinya
  • termasuklah ilmu hadis, ilmu fikah dan Al-Quran.
  • f.Imam as-Syafie sangat mengutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau
  • membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian:
  • i.1/3 malam untuk berehat.
  • ii.1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan.
  • iii.1/3 malam untuk beribadat.
  • g.Imam as-Syafie berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu. Akhirnya, beliau
  • muncul sebagai imam besar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan dapat
  • memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada umat Islam.
  • Sumbangan
  • a.Imam as-Syafie adalah ulama mujtahidin yang berpegang kuat pada Al-Quran,
  • hadith, Ijmak Ulama, Qias dan Masolih Al-Mursalah.
  • b.Pendapat Imam as-Syafie diterima oleh sebahagian besar orang-orang Islam
  • kerana segala fatwanya sesuai dengan suasana, masyarakat dan adat resam sesuatu kaum.
3
c.Antara kitab-kitab karangannya yang termashyur termasuklah bidang dalam usul
fikah; kitab yang membicarakan dengan jelas tentang cara mengambil hukum
daripada Al-Quran dan hadis.
Kitab-kitab tersebut ialah:
a.Abtal Al-Istihsan.
b.Ahkam Al-Quran.
c.Ar-Risalah.
d.Dalam bidang fikah; kitab yang membicarakan hukum-hukum fikah. Kitab
tersebut ialah;
i.Al-Mukhtasar Al-Kabir.
ii.Al-Mukhtasar as-Saghir.
iii.Al-Farid.
iv.Al-Umm.
e.Dalam bidang hadis; beliau telah menyusun sebuah kitab menjelaskan tentang
perselisihan hadis-hadis nabi. Kitab-kitab tersebut ialah;
i.Al-Masnad.
ii.Al-Amali.
iii.Ikhtilaf Al-Hadis.
f.Selain itu, beliau juga telah menghasilkan berbagai-bagai jenis kitab dalam
bidang ilmu tafsir, akhlak, ilmu falak, ilmu kedoktoran dan lain-lain yang memberi
sumbangan yang besar kepada ahli fikir Islam.
g.Mazhab as-Syafie berkembang dengan pesat di Afrika Utara, Mesir, Indo China,
Sri Lanka, Armenia, Kurdistan dan di Kepulauan Melayu,Indonesia, Singapura dan
Malaysia.

0 comments: